GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyita 50 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan kerap mat rempit berlumba haram di sekitar negeri itu, semalam.
Operasi oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dijalankan di beberapa lokasi 'hotspot' di daerah Timur Laut dan Barat Daya di bahagian pulau serta Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah(SPT) di tanah besar.
Polis Pulau Pinang, dalam kenyataan menerusi laman Facebook, memaklumkan operasi yang dijalankan bermula jam 11 malam Jumaat hingga 6 pagi Sabtu itu melibatkan tujuh pegawai dan 64 anggota polis JSPT Kontinjen Pulau Pinang.
"Motosikal berkenaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 dan menahan empat lelaki kerana berlumba atau menunggang motosikal secara berbahaya dengan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.
"Selain itu, polis juga menahan seorang lagi lelaki mengikut Seksyen 108 APJ 1987 iaitu berkaitan nombor pendaftaraan kenderaan palsu dan sebanyak 230 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," menurut kenyataan itu, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Tan Cheng San, berkata pihaknya turut mengadakan operasi sama di Jalan Guar Jering,Kampung Terus di Guar Perahu, dekat sini, ekoran aduan berkenaan kegiatan merempit dalam kalangan remaja yang menganggu ketenteraman awam penduduk sekitar.
Katanya, dalam operasi bermula jam 5 petang dan tamat dua jam kemudian itu, pihaknya menyita 26 motosikal dan mengeluarkan 67 saman kerana pelbagai kesalahan trafik.
Menurutnya, operasi tersebut secara giat akan diteruskan bagi membendung aktiviti itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD SPT di talian 04-5306402.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Polis Pulau Pinang menyita 50 motosikal dalam operasi Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan kerap mat rempit berlumba haram di sekitar negeri itu, semalam. - Foto Facebook Polis Pulau Pinang
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Nelayan ditahan bersama senjata dalam Op Samseng Jalanan
Polis menemui sebilah senjata tajam dan berbahaya berukuran 26cm dengan tiga mata pisau di bawah tempat duduk motosikal suspek.
Penagih dadah, pemandu mabuk, 'mat rempit' ditahan sekitar ibu negara
Secara keseluruhan sebanyak 571 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan.
Polis buru dua penunggang motosikal sebabkan kematian di Kota Bharu
Mereka dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal dan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pejalan kaki.